PLC

PLC ialah singkatan kepada program Profesional Learning Communities yang merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam usaha membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. (Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006,).

                PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara. Ia berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. 5 strategi ini adalah seperti jadual di bawah.

         


Penswastaan Amalan
(De-Privatization of Practice)
Belajar secara berjalan
(Learning Walks)
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik.
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
(Peer Coaching /Instructional Coaches)
Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle)
Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study)
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran / memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.
Kajian Video Pengajaran Guru
(Video Critiques of Teaching Moments)
Menonton dan berbincang klip video pengajaran guru.
Sesi Perkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.

Juga dilampirkan bersama RPH Lengkap bagi PLC Matematik.
Contoh RPH Matematik untuk PLC

Comments

Popular posts from this blog